Isnin, 25 Mac 2013

Laporan Latihan Catur & Mini Kejohanan Catur Sk Sri Kulim Siri 1


KULIM - 23 MAC 2013, Sekolah Kebangsaan Sri Kulim telah dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Kedah telah mengadakan satu latihan catur pada sesi pagi dan mengadakan satu mini kejohanan catur pada sesi petang. 

Sekolah Kebangsaan Sri Kulim

Sesi pagi bermula tepat 9pagi dan tamat 12.30 tgh hari. Seramai 20 orang telah menyertai latihan pada sesi pagi. Antara fokus latihan adalah bagaimana hendak merekod & membaca notasi, peraturan asas bermain catur, teori bukaan catur yang betul, mengenal taktik didalam catur dan endgame melibatkan rook, queen dan pawn.


Sesi bergambar.. :)

Gambar pilihan sesi pagi:-

Tekun adik-adik ini menjawab soalan yang telah diberi. Harapan kami PERCAK dapat melahirkan para percatur yang hebat suatu hari nanti.

Antara topik yang di sentuh pembukaan catur yang betul serta peraturan asas dalam catur seperti sentuh jalan (touch move)

Endgame antara topik yang sangat diberi keutamaan untuk latihan kali ini. 

















Sesi petang pula bermula tepat 2.30ptg dan tamat 5.3optg. Seramai 29 orang telah menyertai mini kejohanan catur 6 pusingan dengan kawalan masa 10 minit. Hadiah-hadiah yang ditawarkan pada mini kejohanan catur ini berupa barangan catur seperti Jam digital, Set Catur, Papan Catur serta Buku Notasi Catur. Result untuk kejohanan ini telah dimuatkan di ChessResult :-http://chess-results.com/tnr95939.aspx?art=4&lan=1&wi=821


En Zaharin Che Man telah berjaya mendapat mendapat tempat Johan kejohanan berbentuk santai ini


Gambar pilihan sesi petang:-

Pusingan terakhir penentu johan di meja satu. En Zaharin hanya perlu seri untuk bergelar johan.
Pertembungan antara Darwis(putih) dengan Ustaz Takiyudin(hitam) menjadi tumpuan peserta lain.
Setelah lama menyepi Muhd Nawawi telah menujukkan taringnya di meja pertama.
Antara peserta-peserta lain yang turut serta dalam kejohanan kali ini.
Kelihatan para guru serta ibu bapa yang menunggu sehingga habis kejohanan berlangsung.

















Saya wakil dari pihak PERCAK mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menyediakan tempat yang cukup selesa serta peralatan bantuan pembelajaran seperti LCD. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih pada Kelab Catur Jaffolea kerana sudi memberi sumbangan untuk mini kejohanan catur kali ini. Saya berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan dan menjadi aktiviti bulanan sek ini. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan