Isnin, 4 Februari 2013

Laporan Kejohanan Catur MRSM MERBOK 2013


MERBOK - 26 JANUARI 2013, Maktab Rendah Sains Mara Merbok dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Kedah (PERCAK) telah mengadakan satu kejohanan catur (National Rated Event). Ini adalah kejohanan kali ke-2 dalam bulan januari selepas Kolej Vokasional Kulim pada 12 Januari lalu. Seramai 173 peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Peserta bermain mengikut kategori umur masing-masing (Terbuka, Bawah 18 tahun dan Bawah 12 tahun). Penyertaan untuk kejohanan kali ini antaranya dari Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.


MRSM MERBOK menjadi destinasi kedua PERCAK selepas Kolej Vokasional Kulim

Kejohanan ini bermula tepat 9.20 pagi dan tamat pada pukul 6.00 petang. Dengan kejasama semua pihak, kejohanan ini dapat dijalankan dengan lancar.

Pusingan Pertama bermula

NM Tan Khai Boon peserta dari Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Terbuka untuk kejohanan kali ini. Untuk kategori Bawah 18 tahun pula peserta dari Kulim, Kedah Muhd Sirajuddin di nobatkan Johan dan berjaya mempertahankan johannya di Kolej Vokasional Kulim. Tahniah di ucapkan. Bagi kategori Bawah 12 Tahun pula peserta dari Pulau Pinang Ang Jing Xuan menjadi johan untuk kategori tersebut. Semua keputusan saya telah muatkan di Chess Result.



                                      
JOHAN KATEGORI TERBUKA

JOHAN KATEGORI BAWAH 18 TAHUN

JOHAN KATEGORI BAWAH 12 TAHUN

Antara pic terpilih untuk kejohanan kali ini.

Penglibatan pelajar dari Kelab Catur MRSM MERBOK dalam pengajuran kejohanan ini secara tidak langsung melatih mereka untuk mengajurkan kejohanan. Ini antara salah satu misi dan matlamat PERCAK melatih Kelab Catur untuk mengajurkan satu kejohanan di Peringkat Kebangsaan.
Antara aksi peserta Kategori Terbuka. En Alias Hanafi vs En. Ali Mohd Chor.

Antara aksi kategori Bawah 18 tahun tidak kurang sengitnya.









Cikgu Mohd Zin dari Sg. Petani mengejutkan semua peserta yang lain setelah berjaya seri dengan NM Tan Khai Boon dalam pusingan Pertama.












Jangan panjat dik. Antara aksi peserta kategori Bawah 12 Tahun untuk kejohanan kali ini.



 Pemenang cabutan bertuah kereta kawalan jauh, antara hadiah cendermata kepada yang bertuah.
Pihak PERCAK amat berterima kasih kepada Pihak MRSM MERBOK kerana memeri kejasama yang tidak berbelah bagi untuk kejohanan kali ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada Kelab Catur Jaffolea kerana menjadi penaja utama kejohanan kali ini. Kejohanan seterusnya akan diadakan di SBPI Kubang Pasu. Jumpa anda di sana.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan