Khamis, 21 Februari 2013

Laporan Penuh Kejohanan Catur SMK Lubok Buntar 2013

LUBOK BUNTAR - 16 FEBRUARI 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Kedah (PERCAK) telah mengadakan satu kejohanan catur (National Rated Event). Ini adalah kejohanan kali ke-4 selepas Kolej Vokasional Kulim pada 12 Januari lalu, MRSM Merbok Sg Petani pada 26 Januari dan SBPI Kubang Pasu pada 02 Februari. Seramai 194 peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Peserta bermain mengikut kategori umur masing-masing (Terbuka, Bawah 18 tahun dan Bawah 12 tahun). Penyertaan untuk kejohanan kali ini antaranya dari Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis.

SMK Lubok Buntar menjadi destinasi keempat PERCAK selepas Kolej Vokasional Kulim, MRSM MERBOK dan SBPI Kubang Pasu.

Kejohanan ini bermula tepat 9.10 pagi dan tamat pada pukul 6.00 petang. Dengan kejasama semua pihak, kejohanan ini dapat dijalankan dengan lancar.

 Pusingan Pertama bermula

Arbiter sedang memberi taklimat sebelum memulakan Pusingan Pertama

AM Ahmad Fadzil Nayan peserta dari Perak kelahiran Bota Kanan ini telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Terbuka untuk kejohanan kali ini. Untuk kategori Bawah 18L tahun peserta dari Taiping, Perak Ahmad Fitri dan kategori Bawah 18P tahun Nurul Syazwani Hamizul dari wakil dari SMK Lubok Buntar ini telah dinobatkan Johan. Kategori yang paling muda iaitu Kategori Bawah 12L tahun peserta dari Pulau Pinang Heng Gua Jia dan Kategori Bawah 12P tahun Nur Ain Balqis Aziz menjadi Johan. Semua keputusan saya telah muatkan di Chess Result.

Terbuka    :http://chess-results.com/tnr92464.aspx?art=1&lan=1&wi=821
Bawah 18 :http://chess-results.com/tnr92463.aspx?art=1&lan=1&wi=821
Bawah 12 :http://chess-results.com/tnr92465.aspx?art=1&lan=1&wi=821


 JOHAN KATEGORI TERBUKA 

TERBAIK PERCAK

JOHAN KATEGORI BAWAH 18 LELAKI

 JOHAN KATEGORI BAWAH 18 PEREMPUAN

 JOHAN KATEGORI BAWAH 12 LELAKI

 JOHAN KATEGORI BAWAH 12 PEREMPUAN

Antara Pic terpilih untuk kejohanan ini


Penglibatan pelajar dari Kelab Catur
SMK Lubok Buntar dalam penganjuran kejohanan ini secara tidak langsung dapat melatih mereka untuk mengajurkan kejohanan. Ini antara salah satu matlamat PERCAK melatih Kelab Catur untuk menganjurkan satu kejohanan besar.




Pertembungan NM Tan Khai Boon dengan Amri menarik perhatian peserta lain. 

Abdul Muizz Bakhir peserta dari Kulim telah membuat kejutan pada kejohanan kali ini kerana telah menundukkan Johan Terbuka SBPI Kubang Pasu dan berjaya seri dengan NM Tan Khai Boon Johan Terbuka MRSM MERBOK. Tahniah saya ucapkan.
 Antara aksi kategori Bawah 18 Tahun
Tekun adik kita membuat gerakkan. Antara aksi Bawah 12 Tahun.










Antara pembantu dan pemain catur untuk SMK Lubok Buntar. Terima Kasih diucapkan. :)
Pihak PERCAK amat berterima kasih kepada SMK Lubok Buntar kerana memberi kejasama yang tidak berbelah bagi untuk kejohanan catur kali ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada Kelab Catur Jaafolea kerana menjadi penaja utama kejohanan kali ini. Kejohanan seterusnya akan diadakan di Aman Jaya Mall SG PETANI pada 16 Mac 2013. Jumpa anda di sana.. :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan