Isnin, 13 Mei 2013

Laporan Penuh Kejohanan Catur Terbuka AmanJaya Mall 2013


Amanjaya Mall, Sungai Petani  - 11/5/2013, Amanjaya Mall dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Kedah (PERCAK) telah mengadakan satu kejohanan catur CCR (Cerdik Catur Rated Event) julung-julung kalinya diadakan di pusat membeli belah. Seramai 84 peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.  Para peserta bermain dalam satu pairing dan penyertaan untuk kejohanan kali ini antaranya dari Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Perlis. Ini menampakkan kejayaan PERCAK berjaya menarik ramai pemain luar untuk bermain di Negeri Kedah. 


Persediaan tempat pada malam sebelum kejohanan berlangsung

Kejohanan ini bermula tepat pukul 10.15pagi dengan menggunakan CCR sebagai penentu pairing menampakkan pusingan pertama peserta dari Kedah mengungguli meja satu.

Pemain putih  Nor Atiqah Bt Mohd Niza vs Pemain Hitam Cikgu Shahruddin. 
Kedua-dua peserta ini dari kedah

Looi Xin Hao peserta dari USM Pulau Pinang telah berjaya menjadi johan untuk kejohanan kali ini. Semua keputusan kejohanan saya telah muatkan di Chess Result :- http://chess-results.com/tnr100752.aspx?art=1&lan=1&wi=821

Looi Xin Hao di nobatkan sebagai johan

Antara Pic terpilih untuk kali ini..

Kejohanan di Amanjaya Mall kali ini membuktikan pengajuran sukan catur boleh diadakan di mana-mana sahaja dan tidak semestinya di dewan ataupun di bilik khas.














Pertembungan antara Looi Xin Hao (pemain putih) dengan Nelson Villanueva peserta dari Filipina menarik perhatian peserta lain.














 Tn Hj Yahaya Ahmad turut turun menyaksikan kejohanan berlangsung
Pertembungan antara NM Tan Khai Boon dengan Shamsul Amir berakhir dengan keputusan seri.














Tahniah kepada Cikgu Hamizul selaku Arbiter kejohanan dan membuatkan kejohanan berlangsung dengan sempurna.
Kejohanan ini berjaya menarik perhatian orang ramai untuk berjinak-jinak dengan sukan berkemahiran tinggi ini.
Pihak PERCAK amat berterima kasih kepada Amanjaya Mall kerana memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi untuk  kejohanan kali ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada Kelab Catur Jaafolea kerana menjadi penaja utama hadiah kejohanan kali iniSemoga kita berjumpa lagi di kejohanan catur yang akan datang.. :)

Rabu, 8 Mei 2013

BERITA MENGENAI PERCAK DI HARIAN METRO 08.05.2013





Berita tambahan disini - klik link dibawah

Laporan Kejohanan Catur 1st Kedah Rapid & Blitz Chess Championship 2013

#terbitan 08.05.2013
Terima Kasih kepada semua yang telah bekerja keras untuk menaikkan sukan catur di Kedah. Harap dengan kejohanan sebegini akan melahirkan ramai pemain catur kelahiran kedah yang hebat suatu hari nanti.. :)

Isnin, 6 Mei 2013

PESERTA YANG TELAH MENDAFTAR UNTUK KEJOHANAN CATUR AMANJAYA MALL


NO NAMA KATEGORI
1 NUR MANARINA MAJDAH U16
2 ZAMRI ZAKARIA TERBUKA
3 SYED ISKANDAR SYED SHAH TERBUKA
4 AMRI IBNI HAJAR TERBUKA
5 FAKZILAT IBRAHIM TERBUKA
6 NAZLI JOHARDY TERBUKA
7 MARZUKI MAT TERBUKA
8 NASARUPPIN ABIZAR TERBUKA
9 NAZLAN ABD RAHIM TERBUKA
10 MOHD FARHAN MOHD ASRI U16
11 MOHD MUIZZUDDIN NIZAR OMAR U16
12 MAZLAN MAJID TERBUKA
13 PUTRA MAHMUD TERBUKA
14 MUHD ZAIHOUSNEY ABD WAHID TERBUKA
15 IZZ HAFIY SHAIFUL NIZAM U12
16 MUHD AFIQ SYAZWAN AHMAD SUKRI U12
17 AIMAN HAZIM MOHD ZAKHIRUDDIN U12
18 LIEW KWOK HAN TERBUKA
19 KELSON TOH CHOON YONG TERBUKA
20 TAN KHAI BOON TERBUKA
21 ZAHIDAH MOHAMAD SHUKRI U12
22 ANG JING XUAN U12
23 CHEONG ZE XIANG U12
24 SHIFAA ANIS SOBRI U12
25 SHIFAA ASNA SOBRI U12
26 ZAID AZIM SOBRI U12
27 SHAMSUL AMIR ABDUL RAIS TERBUKA
28 YAHAYA AHMAD TERBUKA
29 MUHD NURIHSAN YAHAYA U16
30 MUHD NURIMAN YAHAYA TERBUKA
31 MUHD NURISLAM YAHAYA TERBUKA
32 NUR ISLAMURNI YAHAYA U12
33 SHAHRIL AZUAR YUSOF TERBUKA
34 ZULKIFLI TALIB TERBUKA
35 ZAHARIN CHE MAN TERBUKA
36 MUHAMMAD IZHAM WAFI AHMAD SABIR U12
37 ANIS NASUHA ABU BAKAR U12
38 NUR ADILA HUSNA ABD RAHMAN U12
39 HEMAKUGAN TERBUKA
40 DINESH VERA TERBUKA
41 ALIAS HANAFI TERBUKA
42 ADZREAL HAIKAL ISMADI U12
43 ADZREAL ALIFF ISMADI U12
44 HASFARIZAL FARIZAD TERBUKA
45 NURUL AKMA QUZAINA KHAIROLHISAL U12
46 KHAIROLHISAL ARSHAD TERBUKA
47 AHMAD HASSAN TERBUKA
48 AHMAD FITRI U16
49 MUHD ABU BAKAR U12
50 NURAMIRAH SYAHIRAH HAMIZUL TERBUKA
51 NURHUSNA IZZATI HAMIZUL U16
52 RAIHANA UMAIRA HAMIZUL U12
53 NURUL SYAZWANI HAMIZUL TERBUKA
54 PREEVIN BALAKRISHNAN U16
55 NOR ATIQAH MOHD NIZA TERBUKA
56 SIVANESAN RAMASAMY TERBUKA
57 ABDUL RAHMAN M SAPUAN TERBUKA
58 MUHD ZULHILMI ABD RAHMAN TERBUKA
59 MOHD YASIR ROSLAN TERBUKA
60 LIM WEI SHENG TERBUKA
61 KEOK KAI EN TERBUKA
62 PNG REN CHI TERBUKA










Sabtu, 4 Mei 2013

Isnin, 22 April 2013

Tarikh National Closed


NATIONAL CLOSED 2013
-FIDE RATED EVENT-


Tempat : UMT Terengganu
Tarikh  :  28 Mei - 1 Jun 2013

Wakil Negeri Kedah : Lelaki
1. Amri Ibni Hajar
2. Alias Hanafi
3. Zulkifli Talib
4. Nazlan Abd Rahim

Wakil Negeri Kedah : Wanita
1. Fairuz Hamizah
2. Nur Adila Husna Abd Rahman
3. Shifaa Anis Sobri
4. Shifaa Asna Sobri

Satu surat akan di hantar kepada pewakilan dalam masa terdekat bertujuan untuk perwakilan memohon tajaan tambahan dari sekolah/jabatan/luar ataupun boleh digunakan untuk memohon cuti kepada majikan. Saya selaku Setiausaha PERCAK mengucapkan semoga berjaya kepada semua perwakilan.. :)




Ahad, 21 April 2013

Laporan Kedah Closed 2013


19 April 2013 - Selepas Gurun tahun lepas (2012) tiba la masa di Kulim pula menjadi tuan rumah untuk kejohanan Kedah Tertutup untuk mencari Jaguh Kedah bagi tahun 2013. 4 orang lelaki dan perempuan mendapat tempat terbaik dalam kejohanan ini akan mewakili kedah ke Kejohanan Catur Tertutup Kebangsaan.

Arbiter untuk Kejohanan Kedah Tertutup kali ini - Cikgu Shahril selaku PT daerah Kulim Bandar Bharu

Johan Kedah Tertutup 2013 - Amri Ibni Hajar

 Naib Johan Kedah Tertutup 2013 - Alias Hanafi

Tempat Ketiga Kedah Tertutup 2013 - Zulkifli Talib

Tempat Keempat Kedah Tertutup 2013 - Nazlan Abd Rahim

 Johan Ketegori Wanita Kedah Tertutup 2013 - Fairuz Hamizah Ahmad Fuad

 Naib Johan Ketegori Wanita Kedah Tertutup 2013 - Nur Adila Husna Abd Rahman

 Tempat Ketiga Wanita Kedah Tertutup 2013 - Shifaa Anis Sobri

Tempat Keempat Wanita Kedah Tertutup 2013 - Shifaa Asna Sobri

Antara pic Kejohanan yang terpilih kali ini

Pertembungan antara Amri dari Sungai Petani dengan Alias dari Kulim antara tumpuan peserta lain.



Kanes peserta dari kulim berentap dengan peserta dari Alor Setar Syed Iskandar antara aksi pusingan satu.









Terima Kasih kepada Jaffolea Chess Club atas penajaan set catur dan medal pemenang untuk kedah tertutup kali ini. :)










Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua Ahli Percak yang berdaftar menyertai kejohanan Kedah Tertutup 2013 kali ini.  Bagi yang dapat menwakili kedah pada tahun ini saya mengucapkan tahniah dan buat la yang terbaik di National Closed untuk mengharumkan nama negeri Kedah. Kepada tidak bernasib baik jangan la besedih kita cuba lagi untuk kejohanan catur Kedah Tertutup pada 2014. Saya selaku pengajur untuk kedah tertutup tahun ini memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang kejohanan ini berlangsung dan berjanji akan cuba memperbaiki untuk lebih baik akan datang... :)






Selasa, 16 April 2013

Senarai Nama yang telah mendaftar untuk Kejohanan Kedah Closed



NO Nama           NR
1 AMRI BIN IBNI HAJAR 1808
2 SYED ISKANDAR SHAH 1639
3 MUHAMMAD NURIMAN BIN YAHAYA 1612
4 ALIAS BIN HANAFI 1610
5 NORAZWAN KAMARUZAMAN 1606
6 MUHAMMAD NURISLAM BIN YAHAYA 1485
7 NURUL SYAZWANI BT HAMIZUL 1482
8 MUHAMMAD ARIF WAFI BIN AHMAD SABIR 1432
9 NUR ISLAMURNI BIN YAHAYA 1419
10 MUHAMMAD IZHAM WAFI BIN AHAMD SABIR 1418
11 MUHAMMAD NURIHSAN BIN YAHAYA 1409
12 HJ YAHAYA AHMAD 1297
13 KANES A/L GOVINDASAMY 1241
14 RAIHANA UMAIRA BT HAMIZUL 1240
15 ZAID AZIM BIN SOBRI 1200
16 SHIFAA ANIS SOBRI 1172
17 NURAMIRAH SYAHIRAH BT HAMIZUL 1039
18 NURHUSNA IZZATI BT HAMIZUL 955
19 MOHD ZAMRI ZAKARIA 0
20 SHIFAA AFIQAH BINTI SOBRI 0
21 SHIFAA ASNA BINTI SOBRI 0
22 ZULKIFLI BIN TALIB 0