Ahad, 12 Oktober 2014

Laporan Kejohanan Catur Berpasukan 3vs3 Bawah 12 Tahun 2014


KULIM - 11 OKTOBER 2014, Satu kejohanan catur berpasukan 3 vs 3 telah diadakan di SK Taman Hi-Tech. Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk mengisi aktiviti pelajar darjah 6 yang baru selesai peperiksaan UPSR pada 9 Oktober 2014. Seramai 30 kumpulan telah mendaftar untuk kejohanan ini yang melibatkan 90 orang pelajar dari tiga negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah.


Senarai kumpulan yang telah menyertai kejohanan kali ini

Kejohanan ini bermula tepat 9.00 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang. Dengan kerjasama semua pihak kejohanan ini dapat dijalankan dengan lancar.

Meja Pertama menggunakan Polgar Set sebagai set pertempuran

Suasana Kejohanan

Pasukan Chess Friend A dari Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai Johan Berpasukan 3 vs 3 Bawah 12 tahun 2014. Keputusan penuh telah dimuatkan di Chess Result : http://chess-results.com/tnr148084.aspx?lan=1

Pasukan Chess Friend A telah dinobatkan sebagai Johan kali ini

Antara gambar suasana kejohanan

SK Taman Hi-Tech (A), dua daripada ahli pasukan ini adalah wakil kedah MSSM ke Sarawak 2014.












Terima Kasih kepada semua guru dan ibubapa yang telah menghantar untuk menyertai kejohanan kali ini.











Position Checkmate yang paling tidak digemari oleh semua Amatur Player










Tiada ulasan:

Catat Ulasan